Thursday, April 21, 2011

Unit Amanah Public Mutual Bukan Skim Cepat Kaya

Hari ini saya akan dedahkan satu rahsia orang kaya yang mungkin anda sudah tahu tetapi tidak begitu ambil kisah.

Jadi sebelum anda mengigit jari 20-30 tahun akan datang, masanya untuk kita mengikut jejak jutawan bermula hari ini.

Apa rahsia tersebut?

Hampir semua jutawan tahu bagaimana mereka mengandakan wang mereka tanpa perlu berpeluh…

Melalui SIMPANAN!
Simpanan bermaksud anda menyimpan wang di institusi kewangan yang memberikan pulangan setiap bulan atau tahun! Ianya nampak biasa tetapi berapa ramai antara kita yang menyimpan wang secara tetap setiap bulan??

Tahukah anda masa adalah musuh utama kerana ianya bakal menentukan samada anda mampu bergelar jutawan atau tidak.

Katakan anda berumur 25 tahun sekarang,dan anda mahukan RM100,000 dibank ketika anda bersara kelak. Jika anda bermula menyimpan hari ini dengan hanya RM10.22 sebulan (hanya 33 sen sehari!) dengan kadar faedah 12 peratus, anda telah mempunyai RM100,000 dibank ketika anda berumur 65 tahun!

Tetapi jika anda leka dan telah berumur 55 tahun, anda perlu menyimpan RM447 sebulan untuk dapatkan RM100,000 ketika mencapai 65 tahun!

Ini bermakna anda terpaksa menyimpan 43 kali banyaknya disebabkan anda terlewat! Dan ini tentunya akan membuka mata anda:

Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan kadar faedah 12 peratus setahun:

- Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun!
(Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)

- Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM106,066!)

- Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM428,224!)

Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang, inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak langkah jutawan automatik!

Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya mampu meledak sehingga RM979,307!

Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain.

Hubungi saya sekarang untuk membuka akaun pelaburan anda dengan Syarikat Unit Amanah No.1* di Malaysia.

ASB vs Public Mutual

Terpanggil pula hari ini untuk membandingkan kedua-dua unit amanah yang terkenal di Malaysia. Saya menulis ini atas pendapat dan pandangan saya terhadap kedua-dua dana ini. Jika terdapat kesalahan atau kemusykilan, boleh kita bincang bersama. Lagipun saja saya hendak memberitahu orang ramai, terdapat alternatif lain untuk melabur di dalam unit amanah selain daripada ASB. Bagi saya unit amanah yang dikeluarkan Public Mutual memberi pulangan yang hebat jika dibandingkan dengan unit amanah yang lain. Ini bukan hendak memberi iklan yang free kepada Public Mutual, tetapi memang ternyata prestasi setiap dananya amat memberangsangkan. Berikut adalah perbandingan secara mudah antara kedua-dua unit amanah.


Amanah Saham Bumiputra
Public Mutual Berhad
Harga Harga tetap Harga berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
Jenis Pulangan Dividend income Dividend income dan Capital Gain
Jenis Pelaburan Pelaburan Konvensional. Ada yang mengatakan ianya bukan satu pelaburan syariah. Sila ikuti artikel di www.zaharuddin.net Terdapat dana yang dilaburkan 100% mengikut kehendak syariah dan terdapat juga dana yang dilaburkan mengikut kaedah kovensional.
Pengiraan Pulangan

(Cth. Jumlah pelaburan RM10,000)

Harga Seunit: RM 1

RM 10,000/ RM 1
= 10,000 unit

Dividen dan bonus 9%

10,000 x 0.09= RM 900

Capital gain = RM 0

Jumlah Pulangan = RM 900

Pulangan %

= 900/10000
= 9%

Harga Seunit : RM 0.85

RM 10,000/ RM 0.85
= 11,764 unit

Dividen 0.07 sen

11,764 x 0.07 = RM 823.53

Jika capital gain = 0.03 sen

Pulangan

= 11,764 unit x 0.03 sen
= RM 352.92

Jumlah Pulangan

= RM 823.53 + RM 352.92
= RM 1,176.45

Pulangan %

= 1,176.45/10000
= 11.76%

Salam semua,

Anda tahu apa itu Unit Trust?
Anda pernah dengar Public Mutual?
Bagaimana duit boleh buat lebih duit?

Mari kita sama2 kongsi dan brainstorm!

Kelebihan Unit Trust Syariah:

• Halal- Pelaburan berlandaskan Syariah.
• Professional - ditadbir urus oleh pengurus dana yang berpengalaman.
• Pulangan menarik – sehingga 70% setahun (purata 15-20%)
• Modal rendah - initial investment RM1,000 sahaja.
• Selamat – dikawalselia oleh Amanah Raya dan Suruhanjaya Sekuriti.
• Kecairan – urusan jual beli mudah.
• Pengeluaran duit EPF dibenarkan – pulangan EPF hanya 5.8%.
• Pelan kewangan anda – education fund, retirement fund.

Cara pelaburan lain yg popular.

Beli hartanah - rumah.. tanah

• Memerlukan modal yang besar RM80,000 dan ke atas.
• Yuran proses dan belanja guaman yang tinggi.
• Proses dan tempoh pengurusan pinjaman yang lama sehingga 6 bulan.
• Perlukan kos penjagaan (maintenance) setiap bulan.
• Lambat dijual dan belum tentu dapat pembeli pada masa akan datang.
• Tempoh masa panjang 10-35 tahun.

Main saham
• Memerlukan modal yang besar.
• Memerlukan kepakaran dan kecekapan meramal situasi.
• Yuran dan caj perkhidmatan yang tinggi.
• Perlu mengikuti perkembangan pasaran semasa.
• Tempoh masa singkat.
• Risiko : Untung dan rugi adalah tinggi.

apa pendapat anda?jgn tunggu lama2...

Mulakan menyimpan dengan KWSP..

KWSP Langkah Langkah Mudah Memulakan Pelaburan Unit Trust Melalui Pengeluaran Ahli KWSP (EPF).Nampaknya kita kena stop dulu cerita kelebihan2 skim unit trust sebab mulai hari ini, 1 Februari 2008, KWSP (EPF) dah start melaksanakan struktur baru pengeluaran pelaburan untuk ahli2 nya. So, ramailah yang bertanya apa bezanya dengan sistem sebelum ni… bezanya, KWSP perkenalkan “Simpanan Asas” dari akaun 1 mengikut umur ahli. Sila download dan baca panduan KWSP (click untuk download) ini (PDF format). Kat dalam tu ada ceritanya, tak payahlah saya nak ulang cerita lagi. Senang cerita, semakin ramai pencarum KWSP dah boleh buat pengeluran dari akaun 1 untuk buat pelaburan.

OK… kalau dah baca panduan tu dan layak buat pengeluaran, bagus tu.. buat apa nak tinggalkan duit anda kat KWSP kalau return setakat 4~5% setahun je. Tunggu apa lagi.. Marilah invest dalam skim unit trust yang returnnya lebih 20% setahun.. So, kat sini saya nak bagitau macam mana procedure nak buat pengeluaran tu..senang saja…

1) Pastikan anda telah faham serba sedikit tentang pelaburan unit trust. Antaranya konsep pelaburan, objektif fund yang nak dilaburkan dan profil pelaburan anda. Macam mana nak dapatkan info-info ini? Jangan risau, anda boleh berbincang dengan ejen-ejen berdaftar yang berurusan dengan unit trust, dan pastikan mereka menerangkan perkara-perkara tersebut dengan jelas kepada anda.

2) Dapatkan nombor akaun KWSP anda. Pergi ke KWSP dan check berapa jumlah simpanan anda dalam akaun 1. Senang saja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh check dan print-out status akaun anda serta merta. Kalau ada internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP, lagi senang, log-in di http://www.kwsp.gov.my dan anda boleh check status akaun anda.

3) Dah tahu jumlah wang anda, check pula status kelayakan dan pengiraan berapa yang boleh anda keluarkan dari akaun 1 untuk pelaburan. Seperti saya bagitau tadi, check panduan KWSP (click untuk download) tadi. Contoh pengiraan juga disediakan kat situ. Kalau tak faham juga, meh cni..saya tlg kira.

4) Setelah anda pastikan kelayakan pengeluaran anda dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama diatas kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.

5) Langkah seterusnya, jumpa ejen anda dan beliau akan tolong anda isikan borang-borang berkaitan. Anda akan diminta tandatangan dan cap jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa sekali fotokopi IC anda tadi sebab kat situ pun kenan cap jari. Nombor akaun KWSP pun kena ingatlah. Ink cap jari ejen anda akan sedia kan, jangan risau.

6) Dah selesai.. sekarang anda serahkan kepada ejen anda untuk langkah-langkah seterusnya. Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran anda dan wang anda diterima oleh pihak pengurusan unit trust yang anda sertai, mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang dinyatakan ialah nombor akaun fund yang anda sertai, jumlah wang yang diterima dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya menyetai skim unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP. Tahniah!

Beberapa tips dan peringatan untuk memudahkan urusan anda.

(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya.
(b) Untuk elakkan fotokopi jadi kabur, jangan fotokopi daripada kertas fotokopi IC anda (duplicate copy).
(c) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color tak boleh.
(d) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas. Kawan saya tanya kalau takde ibu jari camner? Alamak!! saya pun tak boleh jawab lagi… nanti saya refer orang yang lebih layak atau KWSP sendiri..
(e) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.
(f) Seboleh yang mungkin, jangan tandatangan dan cap jari untuk borang pengeluaran KWSP yang akan datang (dont sign & thumbprint your future EPF form in advance). Biarlah ejen anda buat kerja sikit untuk anda di masa depan.
(g) Kalau belum lagi daftar perkhidmatan online KWSP, dah terlanjur anda pergi ke KWSP tu daftar lah siap2. Nanti 3 bulan akan datang bila anda boleh keluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, tak payah le nak pergi ke KWSP lagi… check kat online je lah amaun akaun KWSP anda.

OK… hopefully anda dapat faedah dari posting ni… Selamat melabur dalam unit trust.

khidmat nasihat unit trust

Apa itu unit trust?

Unit Trust (UT) adalah satu bentuk pelaburan yang dikumpul, yang membenarkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka untuk dilaburkan ke dalam sesebuah portfolio securiti yang diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional.
Ini bermakna pemegang unit tidak membeli saham terus kepada portfolio/ kaunter saham. Pemilikan saham akan dibahagikan kepada unit. Jika nilai saham naik atau turun, nilai setiap unit juga akan naik atau turun. sbb tu dinamakan unit amanah. Amanah pula adalah pelaburan tu akan diamanahkan untuk di uruskan oleh mereka yang profesional.
Setiap pelabur akan menerima sijil penamaan yang dikenali sebagai Sijil Unit Amanah. Bilangan unit yang dipegang bergantung kepada harga belian unit pada masa pelaburan dibuat dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur.

Kelebihan
1) Pulangan yang tinggi (lebih baik dari simpanan di KWSP dan Simpanan Tetap (FD)
2) Modal yang tidak hilang
3) Insuran takaful percuma (bergantung kepada jumlah pelaburan)
4) Pelaburan yang berlandaskan islamik
5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (Amanah Raya berhad)
6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia
7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun
8 ) Tak ada modal ? Boleh melabur serendah RM1000(permulaan ) , dan bulanan serendah RM100 (tak semestinya tiap2 bulan, ikut suka , boleh buat pengeluaran dari duit EPF ( dividen EPF tahun lepas 4.75% ~ cukup sikit , Public Ittikal memberi pulangan 15.5% pada tahun 2004 dan Public Islamic Equity 18% cukup2 tinggi )
9 ) Nak beli rumah?tengah kumpul duit?lebih baik simpan duit yang ada di Public Mutual dari bank.(Fixed Deposit bg setiap tahun 3%)

Produk Pelaburan Islam Public Mutual

Anda boleh memilih mana-mana fund yg sesuai berdasarkan pulangan dan risiko yang anda mahu. Antaranya:
- Public Ittikal Fund (P Ittikal)
- Public Islamic Equity Fund (PIEF)
- Public Opportunities Fund (PIOF)
- Public Islamic Dividend Fund (PIDF)
- Public Islamic Bond Fund (PIBF)

Ciri-ciri Dana Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrumen pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.

Penasihat Syariah Penasihat Syariah bagi dana dana islam yang diuruskan oleh public mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).Jangan risau pelaburan anda dijamin halal.

Sekarang adalah masa paling sesuai untuk melabur di unit trust public mutual memandangkan harga unit-unit nya begitu murah disebabkan kejatuhan pasaran saham pada masa ini!!

Kekurangan pula,setiap pelaburan ada risiko nye..tidak ada pelaburan yg risk free..kalau ada pun kemungkinan besar pulangannya kecil.

Risiko-risiko yang perlu diketahui oleh para pelabur. Antaranya :
1. Risiko harga pasaran. Ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti harga pasaran saham, kadar interest naik, politik negara, peperangan, bencana alam dan sbgnya.
2. Risiko kecairan dimana harga belian saham tidak sesuai utk menjual balik saham anda.
3. Risiko pengurusan. Pengurusan yg tidak bagus atau tidak mematuhi perjanjian yg ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
4. Risiko pinjaman. Adakalanya pelabur membuat pinjaman untuk melabur. Ini sama sekali tidak digalakan kerana dikhuatiri pulangan adalah kurang dari pada interest pinjaman. Ini akan mengakibatkan anda perlu menanggung pembayaran baki pinjaman anda.

Dijelaskan disini dalam public mutual kami berjaya mengendalikan risiko2 diatas dgn begitu baik sekali hingga kami mendpat pengiktirafan "oustanding fund performance" dari tahun 2003-2007 !! (sila rujuk www.publicmutual.com.my)

Maklumat lanjut untuk pelaburan Unit Amanah di public Mutual.. hubungi saya..

apa itu unit trust...unit trust ni bermaksud...

Sebelum kita melabur dalam skim unit trust ni, lebih baik kita faham dulu apa itu unit trust?. Dari segi bahasa, dalam Bahasa Malaysia disebut “Amanah Saham” ataupun sekarang disebut “Unit Amanah”. Kalau English disebut “Unit Trust”. Ada di setengah2 negara unit trust ni juga disebut “Mutual Fund”…contohnya macam kat US dan Canada. Di Australia dan New Zealand pulak diaorang panggil “Managed Fund”.

Dari segi definisi, menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita kat satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset2 lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Yang penting kat sini, syarikat2 tu “diluluskan”. Kalau yang tak lulus tu… kita panggil skim cepat kaya, Pak Man Telo.. swiss cash.. ponzi..mcm2 lagi.. :) ..yang ni jangan cuba2 nak masuk le…

Dalam skim unit trust, pelabur2 tak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur2 bukannya pemegang saham dlm sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang duwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value – NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga/disiarkan di suratkhabar2 utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.

Pulangan atau ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split). Pernah dengar perkataan ‘dividen’?… dividen tu ‘Agihan’ lah..

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis etc…berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock… itu belum kira kos broker saham dan lain2 lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock2 ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD).

kalu nak tahu lebih lagi contact saya k..

Saturday, April 16, 2011


Cara -Cara Potong Kuku Tangan & Kaki
Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

With Nestle, you can share your child's mood with your family & friends. Try today! #NestleChildsMood

With Nestle, you can share your child's mood with your family & friends. Try today! #NestleChildsMood

Reward yourself after hard work of training! Get a full body sport massage at #EqualFitness . Check #MilkADeal

Reward yourself after hard work of training! Get a full body sport massage at #EqualFitness . Check #MilkADeal