Tuesday, May 17, 2011

EPF Investment Schedule & Calculation

EPF Investment Schedule & Calculation

Unit Trust Dividends Declared in 2010

Unit Trust Dividends Declared in 2010

Masa yg baik untuk melabur

Kepada kwn2 yg membaca blog ni,saya seru check ur epf today..bagi membolehkan anda menjana wang anda melalui pelaburan dalam unit amanah public mutual..kerana melalui akaun 1,kwsp menggalakkan kita untuk invest di dlm unit trust untuk membantu kewangan kita apabila umur kita 55thn nanti..so jangan malu2 nak bertanye how to invest via epf with me k..

Monday, May 9, 2011

Bagaimana untuk melabur dalam unit trust di public mutual

Saya baru sahaja menerima satu email daripada seorang kawan dan menanyakan cara bagaimana cara untuk melabur dalam unit trust di public mutual melalui tunai. Bolehkah beliau terus ke bank?

Jawapan saya ialah anda boleh untuk melabur dalam unit trust dengan terus mengunjungi bank yang berkenaan kerana ada kemudahan di situ.

Walau bagaimanapun, saya lebih galakkan anda dan juga para pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara bagaimana untuk melabur di dalam unit trust supaya menghubungi saya di talian 019-9565229 (fiza) untuk kita berjumpa terutama bagi yang tinggal di sekitar terengganu.

Ini kerana saya sendiri akan berpeluang untuk menerangkan lebih lanjut tentang unit trust, dana yang sesuai serta apa yang boleh pelaburan unit trust ini boleh berikan untuk anda dalam membantu anda mencapai matlamat kewangan. Anda tidak perlu khuatir kerana perkhidmatan yang saya berikan ini adalah percuma.

Sebenarnya untuk melabur dalam unit trust di public mutual ini terdapat dua pilihan iaitu sama ada melalui kaedah pelaburan melalui tunai atau daripada KWSP anda. Jika melalui tunai, ada borang ynag tertentu perlu diisi dan melalui perjumpaan secara peribadi, maklumat lanjut akan saya terangkan berdasarkan matlamat pelaburan anda.

Jika pelaburan menggunakan KWSP, anda digalakkan untuk mendapatkan baki terkini akaun 1 KWSP anda bagi memudahkan penerangan kelak.

Walau apa pun pilihan anda, saya di sini bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menawarkan peluang pelaburan unit trust di public mutual. Jadikan wang bekerja untuk anda adalah matlamat kami di public mutual!

Cara pengiraan jumlah unit dan keuntungan di dalam pelaburan unit trust

Pengiraan Jumlah Unit

  • Sebenarnya, setiap kali seseorang pelabur membuat pelaburan (sama ada pelaburan tunai atau pelaburan tambahan) jumlah pelaburan sebenar (working capital) adalah kurang daripada nilai pelaburan.
  • Ini kerana, sebahagian daripada wang pelaburan akan digunakan untuk membayar caj perkhidmatan. Bagi pelaburan unit trust, caj perkhidmatan dikenakan antara 2% – 5.5% bergantung kepada jenis dana yang dilaburkan.
  • Namun begitu, untuk memudahkan pengiraan dan pemahaman anda, caj perkhidmatan akan diabaikan.

Katakanlah seorang pelabur telah melabur sebanyak RM10,000 pada harga RM1.00.

  • Jumlah unit yang akan diterima adalah mengikut formula berikut:

Jumlah Unit = Jumlah Pelaburan Sebenar / Harga Seunit

= RM10000 / 1.00

= 10,000 unit

  • Unit yang diterima oleh pelabur adalah tetap dan tidak berubah-ubah melainkan pelabur membuat pelaburan tambahan ataupun setelah menerima pengagihan (biasanya dipanggil dividen) daripada Public Mutual.

Untuk mengira nilai semasa pelaburan, formulanya adalah seperti berikut:

Nilai Semasa = Harga Dana Semasa x Jumlah Unit

  • Katakanlah pada suatu hari, harga dana A turun kepada RM0.95, maka pada ketika ini nilai pelaburan adalah bersamaan dengan :

RM0.95 x 10,000 = RM9,500

  • Sebaliknya jika harga dana A naik kepada RM1.05, nilai pelaburan adalah :

RM1.15 x 10,000 = RM11,500

Adakah pelabur akan mengalami kerugian ketika harga rendah?

  • Ya, jika pelabur menjual pelaburan mereka pada ketika ini.
  • Tidak, jika mereka membiarkan sahaja pelaburan mereka.

–> Sebenarnya ramai pelabur yang membuat kesilapan BESAR dengan menjual pelaburan ketika harga rendah. Ini kerana mereka khuatir mereka akan mengalami kerugian yang lebih teruk. Hakikatnya harga dana memang sentiasa turun naik. Hal ini bukanlah satu perkara yang harus ditakuti oleh para pelabur.

–> Ini kerana ia sebenarnya merupakan satu kelebihan kerana memberi peluang kepada pelabur untuk membeli dana pada harga yang lebih rendah (ibarat kita membeli dengan harga diskaun semasa kempen jualan murah di pasaraya).

Bagaimana Pelaburan Dalam Jangka Masa Panjang Membantu Mengurangkan Risiko Pelaburan?

  • Kebanyakan dana unit trust akan memberi pengagihan tahunan kepada pelabur.
  • Jika pengagihan ini tidak dikeluarkan dan dilaburkan semula, jumlah unit ini akan bertambah.
  • Ini merupakan cara yang paling baik untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan di dalam pelaburan unit amanah. Sila lihat contoh di bawah ;

Contoh Penambahan Jumlah Unit selepas Tahun Pertama

  • Berdasarkan contoh tadi, pelabur sudahpun mempunyai unit asal sebanyak 10000 unit. Katakanlah pada tahun pertama, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM800 dan harga semasa dana adalah RM0.80

Jumlah Unit Tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa

= 800 / 0.80

= 1,000 unit

Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan

=10,000 + 1,000

=11,000 unit

Contoh Penambahan Jumlah Unit Selepas Tahun Kedua

  • Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru sebanyak 11,000 unit. Katakanlah pada tahun kedua, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1000 dan harga semasa dana adalah RM0.67

Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa

= 1,000 / 0.67

= 1,500 unit

Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan

=11,000 + 1,500

=12,500 unit

Contoh Penambahan Jumlah unit Selepas Tahun Ketiga

  • Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru sebanyak 12,500 unit. Katakanlah pada tahun ketiga, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1500 dan harga semasa dana adalah RM1.00

Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa

= 1,500 / 1.00

= 1,500 unit

Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan

=12,500 + 1,500

=14,000 unit

Berapakah nilai Pelaburan selepas 3 Tahun?

  • Sekarang pelabur mempunyai jumlah unit sebanyak 14000
  • Nilai Pelaburan Semasa = Harga Semasa x Jumlah Unit
  • Jika harga semasa = harga belian pada tahun pertama (RM1.00), maka:

Nilai Pelaburan Semasa = RM1.00 X 14000 = RM14,000

  • Jika harga semasa < harga belian pada tahun pertama (RM0.80), maka:

Nilai Pelaburan Semasa = RM0.80 X 14000 = RM11,200

  • Jika harga semasa > harga belian pada tahun pertama (RM1.20), maka:

Nilai Pelaburan Semasa = RM1.20 X 14000 = RM16,800

Kesimpulan

  • Dengan kata lain, apabila pelabur melabur di dalam jangka masa panjang, jumlah unit akan bertambah.
  • Dengan ini, pelabur tetap akan mendapat keuntungan walaupun berlaku penurunan harga dana.
  • Malah, pelabur akan mendapat keuntungan yang sangat baik sekiranya harga dana tidak berubah atau makin meningkat. :)

Sunday, May 8, 2011

Public Mutual Melalui Kwsp

Kos sara hidup semakin meningkat dan ramai rakyat Malaysia kini sedar bahawa mereka perlu menjana wang persaraan yang lebih banyak. Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk unit amanah, anda mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.

.

Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh tiga tahun.

-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – (Sumber: NST, 27 Disember 2008)

.

Manfaat-manfaat

  • Tidak memerlukan pelaburan tunai
  • Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.
  • Kepelbagaian – Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.
  • Pertumbuhan modal – Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal yang merupoapakan sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.

.

Skim Pelaburan Ahli KWSP

  • Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.
  • Anda hanya boleh melabur melalui syarikat dana unit amanah atau institusi pengurus dana (IPD) yang dilantik oleh Kemnterian Kewangan.
  • Nombor IPD Public Mutual ialah 003.
  • Anda dibenarkan membuat pengeluaran seterusnya tiga bulan selepas pengeluaran pertama, dengan syarat anda masih layak di bawah skim ini.

.

Kelayakan

Ahli-ahli KWSP mesti mempunyai Simpanan Asas yang ternyata di bawah mengikut umur untuk melabur.

.

Simpanan Asas

Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

Jadual Simpanan Asas adalah seperti berikut:

UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM) UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM)
18 1,000.00 37 34,000.00
19 2,000.00 38 37,000.00
20 3,000.00 39 41,000.00
21 4,000.00 40 44,000.00
22 5,000.00 41 48,000.00
23 7,000.00 42 51,000.00
24 8,000.00 43 55,000.00
25 9,000.00 44 59,000.00
26 11,000.00 45 64,000.00
27 12,000.00 46 68,000.00
28 14,000.00 47 73,000.00
29 16,000.00 48 78,000.00
30 18,000.00 49 84,000.00
31 20,000.00 50 90,000.00
32 22,000.00 51 96,000.00
33 24,000.00 52 102,000.00
34 26,000.00 53 109,000.00
35 29,000.00 54 116,000.00
36 32,000.00 55 120,000.00

Contoh:

Ahmad berumur 33 tahun. berdasarkan penyata yang terkini, jumlah simpanan dalam akaun 1 ialah RM70,000. Dengan merujuk kepada jadual simpanan asas di atas, simpanan asas yang diperlukannya dalam akaun 1 ialah RM24,000. Ini bermakna dia layak mengeluarkan jumlah minimum RM1,000 dan maksimum RM9,200 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam unit-unit amanah.

.

Pengiraan

= (RM70,000-RM24,000) x 20%

=RM9,2000

.

Untuk Mengetahui Sama Ada Anda Layak

  • Semak penyata akaun KWSP anda yang terkini atau;
  • Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP di seluruh negara dengan menggunakan Mykad anda atau;

Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang skim pelaburan unit trust melalui KWSP, boleh hubungi saya:

.

Nurhafiza Binti Mohammad

Unit Trust Consultant

H/P: 019-9565229

e-mail: reendiana@yahoo.com

Saya bersedia berbincang dan memberikan nasihat kewangan dan pelaburan ini kepada anda secara percuma. :)

“Membantu anda mencapai matlamat kewangan”