Monday, May 9, 2011

Cara pengiraan jumlah unit dan keuntungan di dalam pelaburan unit trust

Pengiraan Jumlah Unit

  • Sebenarnya, setiap kali seseorang pelabur membuat pelaburan (sama ada pelaburan tunai atau pelaburan tambahan) jumlah pelaburan sebenar (working capital) adalah kurang daripada nilai pelaburan.
  • Ini kerana, sebahagian daripada wang pelaburan akan digunakan untuk membayar caj perkhidmatan. Bagi pelaburan unit trust, caj perkhidmatan dikenakan antara 2% – 5.5% bergantung kepada jenis dana yang dilaburkan.
  • Namun begitu, untuk memudahkan pengiraan dan pemahaman anda, caj perkhidmatan akan diabaikan.

Katakanlah seorang pelabur telah melabur sebanyak RM10,000 pada harga RM1.00.

  • Jumlah unit yang akan diterima adalah mengikut formula berikut:

Jumlah Unit = Jumlah Pelaburan Sebenar / Harga Seunit

= RM10000 / 1.00

= 10,000 unit

  • Unit yang diterima oleh pelabur adalah tetap dan tidak berubah-ubah melainkan pelabur membuat pelaburan tambahan ataupun setelah menerima pengagihan (biasanya dipanggil dividen) daripada Public Mutual.

Untuk mengira nilai semasa pelaburan, formulanya adalah seperti berikut:

Nilai Semasa = Harga Dana Semasa x Jumlah Unit

  • Katakanlah pada suatu hari, harga dana A turun kepada RM0.95, maka pada ketika ini nilai pelaburan adalah bersamaan dengan :

RM0.95 x 10,000 = RM9,500

  • Sebaliknya jika harga dana A naik kepada RM1.05, nilai pelaburan adalah :

RM1.15 x 10,000 = RM11,500

Adakah pelabur akan mengalami kerugian ketika harga rendah?

  • Ya, jika pelabur menjual pelaburan mereka pada ketika ini.
  • Tidak, jika mereka membiarkan sahaja pelaburan mereka.

–> Sebenarnya ramai pelabur yang membuat kesilapan BESAR dengan menjual pelaburan ketika harga rendah. Ini kerana mereka khuatir mereka akan mengalami kerugian yang lebih teruk. Hakikatnya harga dana memang sentiasa turun naik. Hal ini bukanlah satu perkara yang harus ditakuti oleh para pelabur.

–> Ini kerana ia sebenarnya merupakan satu kelebihan kerana memberi peluang kepada pelabur untuk membeli dana pada harga yang lebih rendah (ibarat kita membeli dengan harga diskaun semasa kempen jualan murah di pasaraya).

Bagaimana Pelaburan Dalam Jangka Masa Panjang Membantu Mengurangkan Risiko Pelaburan?

  • Kebanyakan dana unit trust akan memberi pengagihan tahunan kepada pelabur.
  • Jika pengagihan ini tidak dikeluarkan dan dilaburkan semula, jumlah unit ini akan bertambah.
  • Ini merupakan cara yang paling baik untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan di dalam pelaburan unit amanah. Sila lihat contoh di bawah ;

Contoh Penambahan Jumlah Unit selepas Tahun Pertama

  • Berdasarkan contoh tadi, pelabur sudahpun mempunyai unit asal sebanyak 10000 unit. Katakanlah pada tahun pertama, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM800 dan harga semasa dana adalah RM0.80

Jumlah Unit Tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa

= 800 / 0.80

= 1,000 unit

Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan

=10,000 + 1,000

=11,000 unit

Contoh Penambahan Jumlah Unit Selepas Tahun Kedua

  • Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru sebanyak 11,000 unit. Katakanlah pada tahun kedua, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1000 dan harga semasa dana adalah RM0.67

Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa

= 1,000 / 0.67

= 1,500 unit

Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan

=11,000 + 1,500

=12,500 unit

Contoh Penambahan Jumlah unit Selepas Tahun Ketiga

  • Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru sebanyak 12,500 unit. Katakanlah pada tahun ketiga, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1500 dan harga semasa dana adalah RM1.00

Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa

= 1,500 / 1.00

= 1,500 unit

Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan

=12,500 + 1,500

=14,000 unit

Berapakah nilai Pelaburan selepas 3 Tahun?

  • Sekarang pelabur mempunyai jumlah unit sebanyak 14000
  • Nilai Pelaburan Semasa = Harga Semasa x Jumlah Unit
  • Jika harga semasa = harga belian pada tahun pertama (RM1.00), maka:

Nilai Pelaburan Semasa = RM1.00 X 14000 = RM14,000

  • Jika harga semasa < harga belian pada tahun pertama (RM0.80), maka:

Nilai Pelaburan Semasa = RM0.80 X 14000 = RM11,200

  • Jika harga semasa > harga belian pada tahun pertama (RM1.20), maka:

Nilai Pelaburan Semasa = RM1.20 X 14000 = RM16,800

Kesimpulan

  • Dengan kata lain, apabila pelabur melabur di dalam jangka masa panjang, jumlah unit akan bertambah.
  • Dengan ini, pelabur tetap akan mendapat keuntungan walaupun berlaku penurunan harga dana.
  • Malah, pelabur akan mendapat keuntungan yang sangat baik sekiranya harga dana tidak berubah atau makin meningkat. :)

No comments:

Post a Comment