Sunday, May 8, 2011

Public Mutual Melalui Kwsp

Kos sara hidup semakin meningkat dan ramai rakyat Malaysia kini sedar bahawa mereka perlu menjana wang persaraan yang lebih banyak. Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk unit amanah, anda mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.

.

Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh tiga tahun.

-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – (Sumber: NST, 27 Disember 2008)

.

Manfaat-manfaat

  • Tidak memerlukan pelaburan tunai
  • Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.
  • Kepelbagaian – Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.
  • Pertumbuhan modal – Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal yang merupoapakan sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.

.

Skim Pelaburan Ahli KWSP

  • Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.
  • Anda hanya boleh melabur melalui syarikat dana unit amanah atau institusi pengurus dana (IPD) yang dilantik oleh Kemnterian Kewangan.
  • Nombor IPD Public Mutual ialah 003.
  • Anda dibenarkan membuat pengeluaran seterusnya tiga bulan selepas pengeluaran pertama, dengan syarat anda masih layak di bawah skim ini.

.

Kelayakan

Ahli-ahli KWSP mesti mempunyai Simpanan Asas yang ternyata di bawah mengikut umur untuk melabur.

.

Simpanan Asas

Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

Jadual Simpanan Asas adalah seperti berikut:

UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM) UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM)
18 1,000.00 37 34,000.00
19 2,000.00 38 37,000.00
20 3,000.00 39 41,000.00
21 4,000.00 40 44,000.00
22 5,000.00 41 48,000.00
23 7,000.00 42 51,000.00
24 8,000.00 43 55,000.00
25 9,000.00 44 59,000.00
26 11,000.00 45 64,000.00
27 12,000.00 46 68,000.00
28 14,000.00 47 73,000.00
29 16,000.00 48 78,000.00
30 18,000.00 49 84,000.00
31 20,000.00 50 90,000.00
32 22,000.00 51 96,000.00
33 24,000.00 52 102,000.00
34 26,000.00 53 109,000.00
35 29,000.00 54 116,000.00
36 32,000.00 55 120,000.00

Contoh:

Ahmad berumur 33 tahun. berdasarkan penyata yang terkini, jumlah simpanan dalam akaun 1 ialah RM70,000. Dengan merujuk kepada jadual simpanan asas di atas, simpanan asas yang diperlukannya dalam akaun 1 ialah RM24,000. Ini bermakna dia layak mengeluarkan jumlah minimum RM1,000 dan maksimum RM9,200 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam unit-unit amanah.

.

Pengiraan

= (RM70,000-RM24,000) x 20%

=RM9,2000

.

Untuk Mengetahui Sama Ada Anda Layak

  • Semak penyata akaun KWSP anda yang terkini atau;
  • Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP di seluruh negara dengan menggunakan Mykad anda atau;

Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang skim pelaburan unit trust melalui KWSP, boleh hubungi saya:

.

Nurhafiza Binti Mohammad

Unit Trust Consultant

H/P: 019-9565229

e-mail: reendiana@yahoo.com

Saya bersedia berbincang dan memberikan nasihat kewangan dan pelaburan ini kepada anda secara percuma. :)

“Membantu anda mencapai matlamat kewangan”

3 comments:

  1. Pada pendapat saya, bukan kos sara hidup yg semakin meningkat, tetapi duit kita makin menyusut nilainya. Terma-terma ekonomi yg dicipta oleh Yahudi memang celaka. KIta bekerja untuk mereka sebenarnya dengan konsep matawang ciptaan mereka. Kembalikan kegemilangan Islam bersama-sama.. Allahu Akhbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relax la bro... Ni Apa rasis2 Ni... sy bukan org Islam Dan saya x pernah memperlekehkan agama saudara2 yang lain. Buang sifat2 yg negative tu bro...

      Ok Sy masuk ruangan ini gara2 nak belajar tentang pelaburan baik ini. Admin Sy br sja melabur tetapi sy kurang faham mengenai apa yg telah sy labur so tolong beri pencerahan.

      Delete
    2. Relax la bro... Ni Apa rasis2 Ni... sy bukan org Islam Dan saya x pernah memperlekehkan agama saudara2 yang lain. Buang sifat2 yg negative tu bro...

      Ok Sy masuk ruangan ini gara2 nak belajar tentang pelaburan baik ini. Admin Sy br sja melabur tetapi sy kurang faham mengenai apa yg telah sy labur so tolong beri pencerahan.

      Delete