Thursday, April 21, 2011

khidmat nasihat unit trust

Apa itu unit trust?

Unit Trust (UT) adalah satu bentuk pelaburan yang dikumpul, yang membenarkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka untuk dilaburkan ke dalam sesebuah portfolio securiti yang diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional.
Ini bermakna pemegang unit tidak membeli saham terus kepada portfolio/ kaunter saham. Pemilikan saham akan dibahagikan kepada unit. Jika nilai saham naik atau turun, nilai setiap unit juga akan naik atau turun. sbb tu dinamakan unit amanah. Amanah pula adalah pelaburan tu akan diamanahkan untuk di uruskan oleh mereka yang profesional.
Setiap pelabur akan menerima sijil penamaan yang dikenali sebagai Sijil Unit Amanah. Bilangan unit yang dipegang bergantung kepada harga belian unit pada masa pelaburan dibuat dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur.

Kelebihan
1) Pulangan yang tinggi (lebih baik dari simpanan di KWSP dan Simpanan Tetap (FD)
2) Modal yang tidak hilang
3) Insuran takaful percuma (bergantung kepada jumlah pelaburan)
4) Pelaburan yang berlandaskan islamik
5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (Amanah Raya berhad)
6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia
7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun
8 ) Tak ada modal ? Boleh melabur serendah RM1000(permulaan ) , dan bulanan serendah RM100 (tak semestinya tiap2 bulan, ikut suka , boleh buat pengeluaran dari duit EPF ( dividen EPF tahun lepas 4.75% ~ cukup sikit , Public Ittikal memberi pulangan 15.5% pada tahun 2004 dan Public Islamic Equity 18% cukup2 tinggi )
9 ) Nak beli rumah?tengah kumpul duit?lebih baik simpan duit yang ada di Public Mutual dari bank.(Fixed Deposit bg setiap tahun 3%)

Produk Pelaburan Islam Public Mutual

Anda boleh memilih mana-mana fund yg sesuai berdasarkan pulangan dan risiko yang anda mahu. Antaranya:
- Public Ittikal Fund (P Ittikal)
- Public Islamic Equity Fund (PIEF)
- Public Opportunities Fund (PIOF)
- Public Islamic Dividend Fund (PIDF)
- Public Islamic Bond Fund (PIBF)

Ciri-ciri Dana Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrumen pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.

Penasihat Syariah Penasihat Syariah bagi dana dana islam yang diuruskan oleh public mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).Jangan risau pelaburan anda dijamin halal.

Sekarang adalah masa paling sesuai untuk melabur di unit trust public mutual memandangkan harga unit-unit nya begitu murah disebabkan kejatuhan pasaran saham pada masa ini!!

Kekurangan pula,setiap pelaburan ada risiko nye..tidak ada pelaburan yg risk free..kalau ada pun kemungkinan besar pulangannya kecil.

Risiko-risiko yang perlu diketahui oleh para pelabur. Antaranya :
1. Risiko harga pasaran. Ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti harga pasaran saham, kadar interest naik, politik negara, peperangan, bencana alam dan sbgnya.
2. Risiko kecairan dimana harga belian saham tidak sesuai utk menjual balik saham anda.
3. Risiko pengurusan. Pengurusan yg tidak bagus atau tidak mematuhi perjanjian yg ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
4. Risiko pinjaman. Adakalanya pelabur membuat pinjaman untuk melabur. Ini sama sekali tidak digalakan kerana dikhuatiri pulangan adalah kurang dari pada interest pinjaman. Ini akan mengakibatkan anda perlu menanggung pembayaran baki pinjaman anda.

Dijelaskan disini dalam public mutual kami berjaya mengendalikan risiko2 diatas dgn begitu baik sekali hingga kami mendpat pengiktirafan "oustanding fund performance" dari tahun 2003-2007 !! (sila rujuk www.publicmutual.com.my)

Maklumat lanjut untuk pelaburan Unit Amanah di public Mutual.. hubungi saya..

No comments:

Post a Comment