Thursday, April 21, 2011

apa itu unit trust...unit trust ni bermaksud...

Sebelum kita melabur dalam skim unit trust ni, lebih baik kita faham dulu apa itu unit trust?. Dari segi bahasa, dalam Bahasa Malaysia disebut “Amanah Saham” ataupun sekarang disebut “Unit Amanah”. Kalau English disebut “Unit Trust”. Ada di setengah2 negara unit trust ni juga disebut “Mutual Fund”…contohnya macam kat US dan Canada. Di Australia dan New Zealand pulak diaorang panggil “Managed Fund”.

Dari segi definisi, menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita kat satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset2 lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Yang penting kat sini, syarikat2 tu “diluluskan”. Kalau yang tak lulus tu… kita panggil skim cepat kaya, Pak Man Telo.. swiss cash.. ponzi..mcm2 lagi.. :) ..yang ni jangan cuba2 nak masuk le…

Dalam skim unit trust, pelabur2 tak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur2 bukannya pemegang saham dlm sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang duwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value – NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga/disiarkan di suratkhabar2 utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.

Pulangan atau ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split). Pernah dengar perkataan ‘dividen’?… dividen tu ‘Agihan’ lah..

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis etc…berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock… itu belum kira kos broker saham dan lain2 lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock2 ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD).

kalu nak tahu lebih lagi contact saya k..

1 comment:

  1. buat blog just untuk public jer ker...chaiyok..chaiyok..

    ReplyDelete